KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng membidas penggantinya, Chow Kon Yeow dan EXCO, Zairil Khir Johari berhubung isu perbekalan air.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Puteh merangkap Ahli Parlimen Bagan, mendakwa kerajaan negeri mengecewakan rakyat kerana Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) perlu membayar RM210 juta setiap tahun selama 40 tahun kepada Perak walaupun air terawat tidak dibekalkan kepada negeri ini.
Bekas Setiausaha Agung DAP itu berkata, Kon Yeow selaku Ketua Menteri dan Zairil selaku Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital sudah mengecewakan rakyat negeri ini kerana enggan menjelaskan perkara berkenaan.









