KUALA LUMPUR: Yes Group Management Bhd (Yes Group) merancang menubuhkan pejabat serantau di United Kingdom sebagai sebahagian strategi memperluas perniagaan pelancongan insentif dan pengurusan acara kumpulan.

Kumpulan itu turut berhasrat membangunkan Yes Academy serta memperluas perkhidmatan berkaitan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H).

Menurut kenyataan Yes Group, ketiga-tiga inisiatif berkenaan dirancang bagi mengukuhkan kedudukannya dalam industri Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).

Bagaimanapun, kumpulan itu belum memperincikan nilai pelaburan, lokasi pejabat serantau, jadual pelaksanaan atau pasaran khusus yang akan dikendalikan dari United Kingdom.