Rembau : Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan Malaysia (WHAM) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) menjayakan siri jelajah forum Pesona Sinema Festival Filem Malaysia (FFM) ke- 35 selama dua hari dalam usaha merapatkan jurang mahasiswa dengan penggiat seni tanah air.

Jelajah bermula di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kampus Kuala Pilah, semalam sebelum melabuhkan tirainya di UiTM Kampus Rembau, hari ini berjaya menghimpunkan hampir 1,000 mahasiswa yang berpeluang mengikuti perkongsian eksklusif daripada barisan tokoh industri kreatif negara.

Sesi forum pertama bertemakan Membina Jenama Peribadi Dalam Era Digital di UiTM Kuala Pilah menampilkan tiga panel jemputan iaitu pengarah Shamyl Othman, pelakon Nad Zainal serta bakat muda meningkat naik, Idan Aedan.