KUALA LUMPUR: Gara-gara terjerat dengan ugutan hutang berjumlah RM10,000, seorang wanita warga asing dipaksa merakam video dirinya dalam keadaan bogel.

Kejadian bermula 28 Oktober lalu apabila mangsa berusia 32 tahun didatangi seorang lelaki yang menawarkan pinjaman sebanyak RM1,000.

Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong, berkata, mangsa menolak tawaran pinjaman itu namun memperkenalkan rakan-rakannya dari Vietnam kepada lelaki terbabit.

"Berdasarkan persetujuan awal, mangsa akan menerima komisen kira-kira 10 peratus bagi setiap pinjaman yang berjaya diperoleh.