KUALA LUMPUR – Seorang pakar kecantikan mendakwa dipaksa merakam video bogel selepas diugut seorang lelaki berhubung dakwaan hutang RM10,000 yang tidak pernah dipinjamnya.Ketua Biro Perkhidmatan dan Aduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, kejadian bermula apabila wanita warga asing berusia 32 tahun itu didatangi lelaki berkenaan pada 28 Oktober lalu yang menawarkan pinjaman wang sebanyak RM1,000."Wanita itu menolak tawaran berkenaan, sebaliknya mencadangkan untuk memperkenalkan rakan-rakannya dari Vietnam kepada lelaki terbabit sebagai balasan menerima komisen."Lelaki itu bersetuju membayar komisen kira-kira 10 peratus bagi setiap pinjaman yang berjaya diperoleh melalui rujukannya," katanya pada sidang akhbar di Wisma MCA di sini pada Rabu.Michael berkata, pertemuan kedua kemudian diatur pada 3 November lalu di parkir kereta bawah tanah di tempat kerja mangsa."Wanita itu terkejut apabila lelaki berkenaan didakwa menuntut bayaran RM10,000 dengan alasan mangsa mempunyai tunggakan pinjaman."Dia tidak pernah meminjam wang daripada lelaki itu. Kami percaya perkara ini hanyalah taktik untuk menakut-nakutkannya," katanya.Beliau berkata, lelaki terbabit kemudian didakwa memberikan tiga pilihan kepada mangsa bagi menyelesaikan hutang yang kononnya tertunggak itu."Pilihan pertama ialah melakukan hubungan seks dengannya sebagai balasan untuk menghapuskan hutang berkenaan."Pilihan kedua pula membayar secara ansuran RM3,000 selama tiga bulan selepas merakam video bogel dirinya, manakala pilihan ketiga mendapatkan pinjaman RM3,000 daripada rakan sekerjanya dalam tempoh 10 minit," katanya.Menurut Michael, mangsa akhirnya terpaksa merakam video bogel dirinya tanpa kerelaannya."Susulan kejadian itu, mangsa membuat laporan polis di Balai Polis Damansara," katanya.Michael berkata, setakat ini video berkenaan belum tersebar dan pihaknya sedang membantu mangsa mendapatkan khidmat guaman."Jika video itu tersebar, kami akan mengambil tindakan lanjut termasuk membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)," katanya..
'Saya dipaksa rakam video bogel konon bayar hutang RM10,000'

Key takeaways
Seorang pakar kecantikan dikatakan dipaksa merakam video bogel selepas lelaki menuntut hutang RM10,000 yang tidak pernah dipinjamnya.
- Lelaki menawarkan pinjaman RM1,000 dan menuntut komisen 10% bagi rujukan rakan Vietnam.
- Pada 3 November, lelaki menuntut RM10,000 atas tunggakan pinjaman yang tidak wujud.
- Pakar kecantikan menolak pinjaman dan menilai tuntutan itu taktik menakut-nakuti.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
3 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Sinar Harian 'Saya dipaksa rakam video bogel konon bayar hutang RM10,000' (this story)








