LONDON: Bekas ketua Formula Satu (F1), Bernie Ecclestone menggesa Lewis Hamilton mempertimbangkan persaraan selepas mendakwa juara dunia tujuh kali itu terlalu banyak merungut sejak menyertai Ferrari.
Ecclestone, 96, yang menerajui F1 dari 1987 hingga 2017, menyuarakan kritikan terhadap sikap pelumba Britain berusia 41 tahun itu ketika bersaing bersama pasukan Itali berkenaan.
Beliau sebelum ini turut mempersoalkan keputusan Hamilton menyertai Ferrari pada 2025 dan berulang kali mengkritik bekas pelumba Mercedes itu sepanjang kerjayanya dalam sukan permotoran elit itu.
“Apabila dia masuk ke dalam kereta untuk memulakan perlumbaan, dia sudah merungut tentang sesuatu sebelum selekoh pertama, tidak kira apa pun. Dia kini sudah mencapai usia yang memerlukannya memikirkan soal persaraan,” katanya.









