SHAH ALAM: Jotun melabur kira-kira RM500 juta bagi membangunkan ibu pejabat serantau Asia Tenggara Pasifik dan pusat penyelidikan serta pembangunan (R&D) baharu di Glenmarie, Shah Alam sebagai langkah memperkukuh operasi dan pertumbuhan perniagaannya di rantau ini.

Pelaburan kira-kira AS$123 juta itu merangkumi pembangunan fasiliti yang menggabungkan ibu pejabat serantau dan pusat R&D di bawah satu bumbung, sekali gus menjadi pangkalan bagi menyokong operasi syarikat di Malaysia serta lapan pasaran lain.

Naib Presiden Asia Tenggara dan Pasifik Jotun, Jon Bigseth, berkata pembangunan fasiliti baharu itu mencerminkan keyakinan syarikat terhadap potensi rantau ini serta komitmennya untuk terus melabur bagi menyokong pertumbuhan jangka panjang.