KOTA TINGGI – Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan turun padang ke Sarawak bagi memberi penjelasan berhubung pelaksanaan serta penangguhan beberapa projek pembangunan di negeri itu menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).Bagaimanapun, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan, kehadiran kementerian itu bukan bertujuan membantu kempen mana-mana parti politik, sebaliknya bagi memastikan kepentingan rakyat dan pembangunan luar bandar terus diberi perhatian.Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, walaupun jentera parti tidak terbabit secara langsung dalam kempen PRN, KKDW mempunyai tanggungjawab melalui agensi di bawahnya untuk membangunkan kesemua 82 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak."Sebagai parti, kita tidak boleh bantu dan kita tidak mahu terlibat untuk berkempen. Tetapi, lazimnya kerana KKDW ini mempunyai agensi-agensi untuk kumpulan sasaran tertentu, adalah lebih baik jika kita berada di sana untuk membantu memperjelaskan bukan sahaja soal dasar kepada kepentingan pemegang taruh, tetapi juga tentang pelaksanaan."Terdapat beberapa penangguhan projek di negeri Sarawak yang perlu dijelaskan oleh pihak KKDW kerana ia tidak boleh dijelaskan oleh pihak kerajaan negeri," katanya.Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Antara Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Dengan Exco-Exco Luar Bandar (MEXCLUB) Ke-62 Bilangan 2 Tahun 2026 di Desaru Coast Conference Centre (DCCC), di sini, pada Rabu.Ahmad Zahid berkata, antara projek yang memerlukan penjelasan termasuk pembinaan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang sudah lama diluluskan, namun masih belum dilaksanakan.Menurutnya, penjelasan berkaitan aspek teknikal dan status pelaksanaan projek berkenaan hanya dapat diberikan oleh KKDW.Selain memberikan penjelasan, beliau berkata, kementerian itu turut merancang menyerahkan projek pembangunan yang sudah siap dibina kepada kumpulan sasaran di negeri berkenaan."Saya tahu ia akan menjadi permasalahan jika dilakukan oleh pihak calon atau kerajaan negeri, tetapi boleh dilakukan oleh kami sebagai agensi pusat."Jadi, maksudnya kami akan turun untuk melakukan penyerahan dan juga mengadakan sesi penjelasan," katanya.Tambahnya, kedudukan Timbalan Menteri KKDW yang juga anak jati Sarawak turut memberi kelebihan kepada kementerian untuk menyampaikan penjelasan secara langsung hingga ke peringkat akar umbi.
KKDW turun Sarawak perjelas projek tertangguh, bukan berkempen PRN - Ahmad Zahid

Key takeaways
KKDW akan turun ke Sarawak menjelang PRN untuk menjelaskan penangguhan beberapa projek pembangunan, termasuk MRSM, tanpa menyokong parti politik.
- KKDW menegaskan tidak menyokong kempen parti, hanya memberi penjelasan projek.
- Terdapat penangguhan pelbagai projek pembangunan di Sarawak yang perlu dijelaskan.
- Projek MRSM yang diluluskan belum dilaksanakan dan memerlukan penjelasan teknikal.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Speaker minta Zahid kemuka bukti perjelas kenyataan bercanggah projek KKDW
- Free Malaysia Today Nasib projek luar bandar tertangguh di tangan Kementerian Kewangan, kata Rubiah
- Sinar Harian KKDW turun Sarawak perjelas projek tertangguh, bukan berkempen PRN - Ahmad Zahid (this story)








