KUALA LUMPUR: Majoriti responden Kajian Persepsi Rasuah 2026 yang dijalankan Merdeka Center melihat amalan rasuah sebagai perkara biasa dalam kehidupan seharian, namun pada masa sama tetap berpendirian bahawa perbuatan itu salah.
Hasil kajian membabitkan 1,209 responden berumur 18 tahun yang dilaksanakan antara 12 Mac hingga 9 April lalu itu mendapati 64 peratus daripada responden menganggap rasuah sebagai perkara biasa dalam kehidupan di Malaysia, namun 60 peratus daripadanya masih berpegang kepada prinsip bahawa rasuah sentiasa salah dan perlu ditolak.
Kajian itu dijalankan melalui temu bual telefon membabitkan responden berumur 18 tahun, yang dipilih secara rawak dengan mengambil kira latar belakang etnik, jantina, umur, tempat tinggal, pendapatan isi rumah, sektor pekerjaan, saiz isi rumah dan tahap pendidikan di 14 negeri serta 222 kawasan Parlimen di Semenanjung, Sabah dan Sarawak.









