Dalam kalangan responden yang menganggap rasuah sebagai perkara biasa, 73% daripada mereka yang berusia 21 hingga 30 tahun berpendapat rasuah sentiasa salah, berbanding 53% daripada mereka yang berusia 60 tahun ke atas.KUALA LUMPUR: Hampir dua pertiga rakyat Malaysia percaya rasuah adalah perkara biasa dalam kehidupan, namun kebanyakannya masih berpendapat perbuatan itu salah, menurut tinjauan Merdeka Center.

Tinjauan Persepsi Terhadap Rasuah 2026 yang ditugaskan oleh Allianz Centre for Governance mendapati 64% responden bersetuju bahawa rasuah merupakan perkara biasa di Malaysia, manakala 26% tidak bersetuju dan 8% berkecuali.

Dalam kalangan mereka yang menganggap rasuah sebagai perkara biasa, 60% berpendirian bahawa rasuah sentiasa salah, berbanding 28% yang percaya rasuah tidak dapat dielakkan dan 12% yang berpendapat perbuatan itu kadangkala perlu.