Zahid Hamidi menegaskan campur tangan ahli keluarga Ismail Lasim dalam isu menteri besar hanya merumitkan keadaan.PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Zahid Hamidi menegur anak Ismail Lasim supaya tidak mencampuri urusan berkaitan peletakan jawatan bapanya sebagai menteri besar Negeri Sembilan.

Teguran itu dibuat susulan hantaran Naim Ismail di Instagram yang mendakwa bapanya seolah-olah dijadikan 'kambing hitam' dalam krisis perlembagaan negeri.

"Anak-beranak campur ini apa hal? Ini soal menteri besar, bukan soal bapanya," kata presiden Umno itu, menurut Kosmo.

Zahid menegaskan campur tangan ahli keluarga hanya merumitkan keadaan kerana isu berkenaan membabitkan pentadbiran negeri dan kedudukan menteri besar, bukannya urusan peribadi.