Manchester: Erling Haaland memberikan jawapan panjang lebar selama lebih dua minit dengan menyenaraikan kelab yang diwakilinya sepanjang tempoh siasatan Liga Perdana Inggeris (EPL) terhadap Manchester City (Man City), sambil mempersoalkan bagaimana beliau sepatutnya menjawab persoalan berhubung keputusan kelab itu didapati bersalah.
Man City didapati bersalah atas sebahagian besar pertuduhan yang dikemukakan EPL berkaitan salah laku kewangan apabila keputusan siasatan diumumkan pada September lalu. Bagaimanapun, kelab itu kemudian mengemukakan rayuan.
Suruhanjaya bebas memutuskan Man City menyembunyikan pembayaran bernilai £900 juta (RM4.95 bilion) dalam tempoh sembilan tahun menerusi perjanjian yang disifatkan sebagai 'palsu'.








