Putrajaya: UMNO tidak pernah mengarahkan Datuk Ismail Lasim meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan, sebaliknya keputusan itu dibuat atas kehendak sendiri, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata, Ismail tidak memberikan alasan khusus berhubung keputusan meletakkan jawatan itu, namun berkemungkinan mahu permasalahan yang berlaku di negeri berkenaan dirungkaikan secepat mungkin.

"Peletakan jawatan itu dibuat oleh Datuk Ismail sendiri. Tidak timbul soal UMNO mengarahkan beliau berbuat demikian.

"Beliau tidak memberikan alasan. Mungkin atas rasa kesedaran bahawa beliau mahu supaya permasalahan ini dapat dirungkaikan dengan secepat yang mungkin," katanya.