Ismail Lasim dijangka bincang kedudukan bekas 10 exconya dalam sesi menghadap Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Jumaat ini. (Gambar Facebook)PETALING JAYA: Adun Juasseh Ismail Lasim yang dibenarkan meneruskan tugas sebagai menteri besar Negeri Sembilan dijangka menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Jumaat ini bagi membincangkan perjalanan sidang DUN dan kedudukan 10 bekas ahli mesyuarat kerajaan negeri (exco).

Menurut sumber pertemuan itu menyusul selepas Ismail menghadap Tuanku Muhriz di Istana Hinggap, Seremban, petang semalam, susulan kemelut berhubung surat peletakan jawatannya.

“Betul, beliau akan terus menjalankan tugas sebagai MB seperti biasa,” katanya kepada FMT.

Sumber itu berkata, pertemuan Jumaat ini juga dijangka membincangkan kemungkinan mengekalkan barisan exco terdahulu bagi memastikan kelancaran pentadbiran negeri.