KOTA TINGGI - Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membidas tindakan anak Datuk Ismail Lasim mencampuri isu Menteri Besar Negeri Sembilan susulan kenyataan yang dikeluarkan.Timbalan Perdana itu berkata, isu berkenaan sepatutnya dilihat perkara membabitkan pentadbiran negeri dan bukannya dikaitkan dengan hubungan antara bapa dan anak."Itu jadi masalah! Ini isu pentadbiran negeri, anak beranak campur ni apa hal?"Ini soal Menteri Besar, bukan soal bapanya Ismail Lassim," katanya pada sidang media ketika ditemui selepas menghadiri Mesyuarat Ahli-Ahli Exco Portfolio Luar Bandar (MAX Club) di Desaru di sini pada Rabu.Anak Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim mempersoalkan tindakan Barisan Nasional (BN) mengeluarkan kenyataan mengenai peletakan jawatan bapanya.Naim Ismail menerusi Instagram membangkitkan persoalan sama ada keputusan peletakan jawatan itu dibuat sendiri bapanya yang juga ADUN Juasseh."Siapa yang keluarkan kenyataan mahu meletakkan jawatan? Adakah tuan sendiri yang membuat kenyataan tersebut? Kalau bukan, atas dasar apa parti tampil mengeluarkan kenyataan media?" soalnya.Beliau turut meluahkan kekesalan kerana bapanya didakwa sudah mematuhi setiap arahan parti, namun akhirnya seolah-olah dijadikan kambing hitam dalam kemelut yang melanda Negeri Sembilan.Pada Isnin, media melaporkan Datuk Ismail Lasim dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan menerusi surat peletakan jawatan yang diutuskan kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkuat kuasa pada Isnin.Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, Pengerusi BN yang juga Presiden UMNO telah menerima salinan surat peletakan jawatan itu.
Isu pentadbiran negeri, jangan campur anak beranak –Ahmad Zahid

Key takeaways
Ahmad Zahid menegaskan isu pentadbiran negeri tidak sepatutnya dikaitkan dengan hubungan bapa dan anak.
- Anak Menteri Besar Negeri Sembilan mempersoalkan kenyataan BN mengenai peletakan jawatan bapanya.
- Naim Ismail menyoal siapa yang mengeluarkan kenyataan meletakkan jawatan bapanya.
- Bapa Naim Ismail didakwa dijadikan kambing hitam dalam kemelut Negeri Sembilan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Sinar Harian Isu pentadbiran negeri, jangan campur anak beranak –Ahmad Zahid (this story)








