CHUKAI - Seorang buruh ladang maut selepas kereta Proton Saga yang dipandunya terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai dalam kemalangan di Kilometer 119 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan berhampiran Sungai Mak Ikar di sini pagi Rabu.Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd Razi Rosli berkata dalam kejadian pada 5.40 pagi itu, mangsa Muhamad Hafiz Razali, 34, yang tidak mengalami kecederaan luaran disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.Beliau berkata, siasatan awal mendapati mangsa yang menetap di Taman Wan Adnan, Kerteh memandu kereta jenis Proton Saga dari arah Kerteh menghala ke Kemasik."Ketika tiba di lokasi kejadian, kereta dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri lalu terbabas masuk ke dalam sungai," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Beliau berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan itu kira-kira 6 pagi daripada Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman.Mohd Razi berkata, mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama
Buruh ladang maut kereta terbabas masuk sungai

Key takeaways
Seorang buruh ladang, Muhamad Hafiz Razali, 34 tahun, meninggal dunia setelah kereta Proton Saga yang dipandunya terbabas masuk sungai di Kilometer 119 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan pada 5.40 pagi.
- Kemalangan berlaku di Sungai Mak Ikar, Kemaman, pada 5.40 pagi.
- Kereta dipercayai kehilangan kawalan dan melanggar penghadang jalan sebelum terbabas.
- Maklumat kemalangan diterima sekitar 6 pagi oleh Pusat Kawalan Daerah (DCC).
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Berita Harian Murid 12 tahun hamil, buruh ladang ditahan polis
- Sinar Harian Buruh ladang maut kereta terbabas masuk sungai (this story)









