KOTA TINGGI - Seorang pengurus wanita sebuah premis pajak gadai bersama dua pengawal keselamatan dihadapkan di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas pertuduhan bersubahat dan pecah masuk premis berkenaan, awal bulan ini.Tertuduh, Nor Zeelyza Mohd Mohely, 41; Norzai Asman Ahmad Saru, 39; dan Nasaruddin Mahabod, 41, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Hafizah Abdul Rajak.Mengikut pertuduhan, Nor Zeelyza didakwa bersubahat dengan Norzai Asman dan Nasaruddin dengan melakukan pecah rumah sebuah kedai emas milik syarikat Ar-Rahnu Koperasi Perbadanan Melayu Negeri Johor (KPMNJ) cawangan Kota Tinggi di Jalan Tun Sri Lanang, di sini dengan niat mencuri barang kemas dan wang tunai premis berkenaan.Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah warung di Jalan Abdullah, di sini kira-kira jam 12.30 tengah hari pada 5 November lalu.Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Manakala, Norzai Asman dan Nasaruddin pula didakwa melakukan pecah masuk premis sama dengan niat mencuri barang kemas dan wang tunai milik premis berkenaan, kira-kira jam 1.20 pagi, 6 November lalu.Dia didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda, jika sabit kesalahan.Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Norafiqah Musa menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 kepada setiap tertuduh dengan dua orang penjamin."Kes ini mendapat perhatian umum selain tular di laman sosial dan mendapat liputan luas media kerana membabitkan kerugian sebanyak RM28.4 juta," katanya.Peguam Nor Zeelyza bagaimanapun memohon jaminan yang rendah terhadap anak guamnya itu memandangkan itu adalah pertuduhan pertama dihadapinya."Setakat hari ini bekerja sebagai pengurus di syarikat yang sama dengan pendapatan sekitar RM4,000 sebulan."Beliau juga dijangka akan berdepan beberapa lagi pertuduhan lain berhubung kes sama dalam masa terdekat," katanya.Mahkamah kemudian membenarkan Nor Zeelyza diikat jamin sebanyak RM10,000 dengan dua orang penjamin manakala dua lagi tertuduh sebanyak RM12,000 setiap seorang dengan dua penjamin.Kesemua tertuduh juga diperintahkan melaporkan diri di balai polis berhampiran sekali setiap bulan selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.Nor Zeelyza diwakili peguam Muhammad Zahier dan Noorain Tupani, Norzai diwakili Izaac Izzudeen Mohd Izhar manakala Nasaruddin juga diwakili Noorain.Mahkamah kemudian menetapkan 7 Disember depan bagi tarikh sebutan semula kes berkenaan.Sebelum ini, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad pada sidang akhbar 10 November lalu memaklumkan, kes pecah masuk premis pajak gadai itu dipercayai dirancang bagi menghapuskan bukti kegiatan pecah amanah yang membabitkan pemajakan barang kemas palsu sejak empat hingga lima tahun lalu.Beliau berkata, polis menerima laporan berhub
Pengurus, dua pengawal keselamatan mengaku tidak salah kes pecah masuk pajak gadai

Key takeaways
Pengurus wanita dan dua pengawal keselamatan dihadapkan di Mahkamah Majistret atas tuduhan bersubahat dan pecah masuk premis pajak gadai di Kota Tinggi, dengan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda.
- Nor Zeelyza Mohd Mohely, Norzai Asman Ahmad Saru, dan Nasaruddin Mahabod didakwa bersubahat dan pecah masuk premis pada 5 dan 6 November.
- Tuduhan bersubahat dibaca bersama Seksyen 109 dan 457 Kanun Keseksaan, hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda.
- Timbalan Pendakwa Raya menawarkan jaminan RM30,000 kepada setiap tertuduh dengan dua penjamin.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- NOR AZURA MD AMIN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Free Malaysia Today Lelaki menyamar pengawal Raja Muda Selangor mengaku salah tuduhan baharu tipu
- Sinar Harian Pengurus, dua pengawal keselamatan mengaku tidak salah kes pecah masuk pajak gadai (this story)









