Al Zulfadly Alias didakwa bersama Nurul Nur Syahirah Kamarudin di Mahkamah Majistret Klang atas tuduhan memperdaya seorang wanita 43 tahun berhubung pembelian Lexus RX350 terpakai pada harga RM40,000.KLANG: Individu menyamar sebagai pengawal peribadi sulit (ADC) Raja Muda Selangor didakwa sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menipu penjualan kenderaan lelong bernilai RM40,000 pada April lalu.
Al Zulfadly Alias, 40, mengaku bersalah, manakala seorang lagi tertuduh, Nurul Nur Syahirah Kamarudin, 37, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara bersama di depan Majistret Siti Zubaidah Mahat.
Al Zulfadly dan Syahirah didakwa bersama memperdayaseorang wanita 43 tahun untuk mempercayai mereka mempunyai keupayaan menguruskan pembelian Lexus RX350 terpakai menerusi lelongan sempena Sidang Kemuncak Asean pada harga RM40,000.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2F0c6d39611bfdb7cadf2e5483ba5e9df1.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)