MELAKA: Pengawal keselamatan warga Nepal didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh wanita rakan senegara di hotel Jalan Munshi Abdullah, di sini, Jun lalu.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Tamang Bal Bahadur, 43, yang mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nur Afiqah Radhiah Zainurin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan niat menyebabkan kecederaan tubuh badan sehingga mengakibatkan kematian mangsa, Manju Tamang, 34, yang juga operator kilang di Pontian Johor.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik hotel antara jam 11.50 malam pada 27 Jun hingga 4.23 pagi, 28 Jun lalu.