KUALA LUMPUR: Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) mahu mempercepatkan perpindahan atlet kebangsaan dari Bukit Jalil ke Pusat Kecemerlangan Sukan Angkat Berat Kebangsaan di Rompin, Pahang bagi memastikan keselamatan mereka lebih terjamin selain fokus dalam latihan.
Presidennya, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya mahu keputusan mengenai perpindahan itu dibuat dalam masa terdekat meskipun pusat latihan berkenaan masih dalam proses naik taraf dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Julai tahun depan.
Beliau berkata, persekitaran di Bukit Jalil yang lebih terbuka serta peraturan kurang ketat menyebabkan Rompin dilihat sebagai lokasi lebih sesuai untuk menempatkan atlet, khususnya ketika membuat persiapan menghadapi kejohanan.










