MELAKA: Keperluan dan masalah yang dihadapi golongan berpendapatan rendah (B40) menjadi antara perkara yang diberikan perhatian oleh calon Pakatan Harapan (PH) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Datuk Azman Abidin.

Azman berkata, Paya Rumput merupakan kawasan separa bandar yang mempunyai ramai penduduk dalam kelompok B40 dan memerlukan perhatian terhadap keperluan keluarga serta masalah yang dihadapi.

Menurutnya, ziarah kasih menjadi antara pendekatan digunakan untuk mendekati penduduk, selain memahami sendiri keadaan serta keperluan mereka.

“Saya tahu bahawa Paya Rumput ini kawasan separa bandar dan golongan B40 juga ramai di sini.