AMPANG - Mayat seorang lelaki ditemui dalam keadaan tertiarap tanpa sebarang pakaian di kawasan parkir LRT Pandan Jaya, di sini pada Rabu.Mayat lelaki yang identitinya masih belum dikenal pasti itu ditemukan kira-kira jam 7.30 pagi.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan lelaki berkenaan daripada anggota kereta peronda (MPV).Beliau berkata, pemeriksaan awal di lokasi mendapati lelaki terbabit berada dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri."Mangsa kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan dari Hospital Ampang."Mayat telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Ampang bagi tujuan bedah siasat untuk mengenal pasti punca sebenar kematian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.Katanya, orang ramai yang mempunyai ahli keluarga atau kenalan lelaki dilaporkan hilang dan masih belum ditemui diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya di talian 03-42897222 bagi membantu proses pengecaman.
Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui di parkir LRT

Key takeaways
Mayat lelaki tidak dikenali ditemui tanpa pakaian di parkir LRT Pandan Jaya pada jam 7.30 pagi, dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri. Pihak polis sedang mencari kenalan dan akan melakukan bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Ampang.
- Mayat ditemui tanpa pakaian di parkir LRT Pandan Jaya pada jam 7.30 pagi.
- Ketua Polis Daerah Ampang Jaya menyatakan mayat dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri.
- Pihak polis menghubungi keluarga atau kenalan yang hilang dan akan menghantar mayat ke Jabatan Forensik Hospital Ampang untuk bedah siasat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Kosmo
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Mayat disyaki wanita tanpa pakaian ditemui terapung dalam sungai
- Sinar Harian Mayat lelaki tanpa pakaian ditemui di parkir LRT (this story)







