KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki yang belum dikenal pasti identitinya ditemukan dalam keadaan tertiarap tanpa pakaian di kawasan parkir Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pandan Jaya, Ampang, di sini pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 7.30 pagi itu, Pusat Kawalan Daerah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya menerima maklumat daripada anggota kereta peronda polis (MPV) berhubung penemuan lelaki berkenaan.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, pemeriksaan awal di lokasi mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
Jelas beliau, lelaki tersebut disahkan meninggal dunia oleh Penolong Pegawai Perubatan Hospital Ampang.








