Kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku berdekatan Jalan Templer dari Rawang menghala ke Selayang pada petang ini.
Key takeaways
Pokok tumbang dilaporkan di Jalan Templer antara Rawang dan Selayang pada petang ini, menimpa lori, motosikal dan menghalang lalu lintas, sementara bomba dan polis memotong dahan serta memberi bantuan.
- Video pengguna Threads menunjukkan pokok tumbang semasa hujan menimpa kenderaan
- Bomba, polis dan pihak lain terlibat memotong dahan dan membantu mangsa
- Kenderaan terpaksa menunggu kerja pembersihan kerana jalan tidak dapat dilalui
Summarised automatically by AI from the original article by Kosmo. AI can make mistakes, so check the original for details.
PETALING JAYA – Kejadian pokok tumbang dilaporkan berlaku berdekatan Jalan Templer dari Rawang menghala ke Selayang pada petang ini.
Menerusi perkongsian video pengguna Threads mendakwa, kejadian pokok tumbang itu turut menimpa kenderaan seperti lori dan motosikal.
Seorang pengguna Threads Jijaaa memuat naik video kejadian tersebut yang mana ia berlaku ketika hari hujan, manakala terdapat pokok-pokok tumbang menimpa atas jalan dan kenderaan.
Orang awam turut berhenti di lokasi tersebut bagi memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan.