SHAH ALAM: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam mengalami kelewatan selepas sebatang pokok tumbang akibat cuaca buruk sebelum memasuki kawasan landasan berhampiran Stesen UiTM Shah Alam, petang tadi.
Rapid KL memaklumkan, kejadian jam 5.22 petang itu menyebabkan operasi tren laluan berkenaan terganggu.
"Tiada kecederaan dilaporkan berkenaan dengan semua penumpang terbabit sudah diturunkan dengan selamat di Stesen Dato' Menteri.
"Pasukan teknikal berada di lokasi bagi membersihkan sisa serpihan pokok di landasan," katanya melalui kenyataan.










