TAPAH – Anggota polis yang maut dalam insiden van polis terbabas di Kilometer 352 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan pada Selasa disifatkan sebagai seorang suami yang bertanggungjawab dan ayah yang penyayang.Lans Koperal Muhammad Shahrul Alif Yaacob, 26, turut dikenang sebagai insan yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.Perkara itu dikongsikan oleh balu Allahyarham, Nor Ilyanie Abd Aziz, 26, ketika ditemui pemberita di Surau Ehsaniah, Kompleks Perumahan PDRM Tapah, di sini."Dia sangat baik dan tidak pernah culas dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang ayah, suami serta anak."Arwah juga sentiasa memastikan saya mendapat rehat yang cukup. Dia tidak pernah sekali pun mengabaikan tanggungjawabnya," katanya.Menurut Nor Ilyanie, suaminya sentiasa mengutamakan kebajikan keluarga sepanjang hampir dua tahun mereka mendirikan rumah tangga.Katanya, Allahyarham bukan sahaja mengambil berat tentang dirinya, malah merupakan seorang anak yang amat bertanggungjawab sehingga sanggup menghentikan pengajian bagi menjaga ibunya yang kurang sihat.Nor Ilyanie berkata, mereka yang berasal dari Tumpat, Kelantan telah saling mengenali sejak di bangku sekolah rendah sebelum mendirikan rumah tangga pada 12 April 2024.Hasil perkahwinan itu, pasangan berkenaan dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Akif Irsyad Muhammad Shahrul Alif yang kini berusia enam bulan.Mengimbau detik terakhir bersama suaminya, Nor Ilyanie berkata, mereka sempat bersalaman dan bermaafan seperti rutin harian sebelum masing-masing keluar bekerja pada pagi Selasa.Menurutnya, Allahyarham yang bertugas sebagai anggota polis memaklumkan akan ke Melaka bagi urusan mengambil kenderaan polis.Beliau berkata, berita kematian suaminya dimaklumkan oleh rakan-rakan anggota polis kira-kira jam 9 malam.Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke Kampung Sri Tujuh, Tumpat, Kelantan untuk dikebumikan.Dalam perkembangan sama, Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim yang mewakili Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir menziarahi keluarga Allahyarham serta menyampaikan sumbangan kewangan.Beliau berkata, Anwar turut menyampaikan ucapan takziah dan berharap isteri Allahyarham yang kini menjaga bayi berusia enam bulan itu tabah menghadapi ujian berkenaan."Beliau (Anwar) juga menyampaikan iringan doa dan berharap keluarga Allahyarham dapat menghadapi ujian ini dengan sabar dan tabah."Sekiranya terdapat sebarang keperluan dari semasa ke semasa, Pejabat Perdana Menteri dan PDRM Perak akan sentiasa membantu keluarga," katanya.Muhammad Kamil berkata, beliau turut dijadualkan melawat Hospital Slim River bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga anggota polis yang cedera dalam kejadian tersebut.
Van polis terbabas: 'Dia suami dan ayah yang terbaik' - Isteri

Key takeaways
Isteri Lans Koperal Muhammad Shahrul Alif Yaacob menyifatkan arwah sebagai suami dan ayah yang bertanggungjawab serta penyayang. Insiden kemalangan van polis yang meragut nyawanya berlaku di Kilometer 352 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan pada Selasa.
- Korban berusia 26 tahun dikenang sebagai individu yang tidak pernah mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga.
- Arwah pernah menghentikan pengajian untuk menjaga ibunya yang kurang sihat.
- Korban dan isterinya mendirikan rumah tangga pada 12 April 2024 selepas mengenali sejak sekolah rendah.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- SAIFULLAH AHMAD
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian Van polis terbabas: 'Dia suami dan ayah yang terbaik' - Isteri (this story)








