KUALA LUMPUR - Struktur insurans bagi e-hailing wajar dikaji semula dengan menyediakan pilihan perlindungan yang lebih fleksibel, telus dan sepadan dengan penggunaan sebenar, tanpa menjejaskan perlindungan terhadap pemandu yang mempunyai corak kerja berbeza.Pandangan tersebut disuarakan Ketua Aktivis Gabungan eHailing Malaysia (GEM), Masrizal Mahidin yang melihat isu insurans e-hailing bukan sekadar kenaikan premium, tetapi juga melibatkan keadilan struktur kos dan kelangsungan ekonomi pemandu.Menurutnya, perbezaan corak kerja membuatkan pendekatan yang seragam tidak semestinya sesuai dilaksanakan."Usaha ini memerlukan tanggungjawab bersama kerajaan, pengendali platform dan syarikat insurans, dengan penglibatan wakil pekerja gig."Insurans sepatutnya melindungi pemandu, bukannya menjadi beban tambahan yang menghakis pendapatan dan menjejaskan kemampuan mereka untuk terus bekerja dengan bermaruah," katanya menerusi dialog industri bertajuk The Cost of Driving: E-Hailing Insurance, Market Access and Malaysia's Gig Economy, anjuran LEGASI Research, di sini, pada Selasa.Dialog tersebut menghimpunkan wakil daripada inDrive, Maxim, GV Ride dan Gabungan eHailing Malaysia (GEM) bagi meneliti isu akses kepada insurans, perbezaan corak pemanduan serta kemungkinan kesannya terhadap pasaran e-hailing secara keseluruhan.Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif GV Ride, Kabeer Singh berkata, usaha memperluas akses kepada insurans untuk kumpulan pemandu yang berbeza merupakan isu penting bagi seluruh industri, di samping memastikan perlindungan yang mencukupi."Kami menerima pertanyaan daripada pemandu mengenai insurans harian, khususnya mereka yang tidak memandu sepenuh masa."Jika perlindungan yang sesuai sukar diperoleh, ada pemandu yang mungkin mempertimbangkan untuk menggunakan platform lain atau menilai semula sama ada mahu terus terlibat dalam industri e-hailing" katanya.Bagi wakil Dasar Awam dan Hal Ehwal Kerajaan, inDrive Malaysia, Zarra Rawi, struktur insurans perlu mengambil kira corak kerja pemandu yang berbeza, bukannya menganggap semua pemandu mempunyai keperluan perlindungan yang sama.Katanya, akses kepada insurans juga boleh mempengaruhi masa dan platform yang dipilih oleh pemandu untuk bekerja."Jika keadaan ini menyebabkan taburan pemandu aktif tidak seimbang antara platform, ia mungkin memberi kesan kepada ketersediaan perkhidmatan, pilihan penumpang dan juga tambang."Risiko ini wajar dilihat dengan teliti, sambil memastikan perlindungan yang mencukupi terus menjadi keutamaan," katanya.Sementara itu, Ketua Perhubungan Kerajaan dan Pematuhan Undang-undang Maxim, Mushfique Ahmed Chowdhury berkata, usaha memperluas akses kepada insurans memerlukan pengaturan yang praktikal untuk pemandu, pengendali dan syarikat insurans."Ini termasuk kejelasan mengenai bila perlindungan berkuatkuasa, bagaimana status perlindungan disahkan serta cara tuntutan dikendalikan, khususnya bagi pemandu yang menggunakan lebih daripada satu platform."Kemampuan membayar perlu d