KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia ditutup rendah pada Selasa berikutan tekanan jualan yang meningkat terutamanya dalam kalangan saham berkaitan teknologi dan pusat data sejajar dengan jualan di Wall Street semalaman, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 12.88 mata atau 0.81 peratus kepada 1,575.15 daripada 1,588.03 semasa ditutup pada Isnin.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 3.42 mata kepada 1,584.61 dan bergerak antara 1,570.22 dan 1,585.10 pada sesi dagangan.

Pasaran secara menyeluruh kekal negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 959 berbanding 211 manakala 354 kaunter tidak berubah, 1,259 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.