BARCELONA: Seorang peminat Real Oviedo yang melakukan penghinaan berunsur perkauman terhadap penyerang Real Madrid, Kylian Mbappe, tahun lalu, didapati bersalah atas kesalahan jenayah yang mencetuskan kebencian, menurut kenyataan Real Madrid hari ini.

Peminat yang identitinya tidak didedahkan itu dikenakan denda, dilarang memasuki stadium selama dua tahun serta dijatuhi hukuman penjara 11 bulan yang ditangguhkan pelaksanaan.

Pelaksanaan hukuman penjara itu bermaksud peminat berkenaan tidak perlu menjalani hukuman penjara selagi mematuhi larangan memasuki stadium berkenaan.

Insiden berkenaan berlaku ketika Real Madrid mencatat kemenangan 3-0 ke atas Real Oviedo pada Ogos 2025.