KUALA LUMPUR - Seorang pekerja warga Bangladesh maut selepas tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Melayu Kepong, di sini pada Selasa.Mangsa berusia 34 tahun itu ditemukan pasukan bomba pada jam 5.14 petang selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan di lokasi kejadian.Komander Operasi, Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafizan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 2.45 petang.Menurutnya, seramai lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jinjang bersama sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke lokasi."Setibanya di lokasi pada jam 2.55 petang, didapati berlaku kejadian tanah runtuh dan hasil pemeriksaan awal mendapati seorang pekerja tertimbus di bawah runtuhan tanah."Pasukan operasi kemudian menjalankan kerja-kerja penggalian dan pengalihan tanah bagi mengesan serta menyelamatkan mangsa dengan bantuan jentera pengorek (excavator) serta kerjasama agensi lain," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Beliau berkata, mangsa berjaya ditemukan pada jam 5.14 petang sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Pekerja Bangladesh maut tertimbus tanah runtuh

Key takeaways
Seorang pekerja Bangladesh berusia 34 tahun maut selepas tertimbus dalam tanah runtuh di Kampung Melayu Kepong pada Selasa.
- Pekerja Bangladesh ditemukan oleh pasukan bomba pada jam 5.14 petang.
- Operasi mencari dan menyelamat dijalankan dengan bantuan jentera pengorek.
- Pihak polis mengambil alih mangsa selepas ditemukan.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Berita Harian , Harian Metro
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Pekerja asing maut tertimbus tanah runtuh di Kepong
- Berita Harian Pekerja Bangladesh maut tertimbus tanah runtuh di Kepong
- Sinar Harian Pekerja Bangladesh maut tertimbus tanah runtuh (this story)









