KUALA LUMPUR: Yes Group Management Bhd menerima permohonan bagi 74.15 juta saham daripada orang awam Malaysia, bersamaan 2.8 kali jumlah 26.5 juta saham yang diperuntukkan menerusi Tawaran Awam Permulaan (IPO) syarikat itu.

Pengendali Yes Travel itu menerima 2,053 permohonan menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia Securities Bhd pada 26 November ini.

Syarikat dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah berkenaan, bahagian pelabur awam menerima 1,158 permohonan bagi 67.69 juta saham, bersamaan 5.11 kali peruntukan yang disediakan.

Bahagian awam Bumiputera pula menerima 895 permohonan bagi 6.47 juta saham, bersamaan 0.49 kali peruntukan untuk kategori itu.