KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, hingga 9 malam ini.MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pahang membabitkan Bentong serta Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson dan Seremban.Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Hulu Perak, manakala di Johor, amaran melibatkan Kota Tinggi, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.Sementara itu, di Sarawak, kawasan terlibat ialah Sibu (Kanowit), Betong (Betong dan Saratok), Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Pakan dan Julau) serta Miri (Marudi, Beluru dan Telang Usan).Di Sabah, amaran melibatkan Tawau (Kalabakan) serta kawasan Pedalaman (Pensiangan, Tenom dan Sipitang). - Bernama
Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri

Key takeaways
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di 10 negeri serta Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
- Amaran melibatkan Pulau Pinang, Kelantan, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
- Kawasan terlibat termasuk Langkawi, Bentong, Port Dickson dan Johor Bahru.
- Sarawak juga turut terjejas dengan kawasan seperti Sibu, Betong dan Miri.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Utusan Malaysia , Kosmo , Berita Harian
Story details
- Published
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Ribut petir, hujan lebat landa sembilan negeri hingga petang ini
- Sinar Harian Ribut petir, hujan lebat di 10 negeri (this story)








