ARAU: Usia bukan halangan untuk seorang pesara menamatkan pengajian dalam bidang pengurusan perniagaan di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
Hashim Mohd Yusof, 87, menerima skrol bagi program profesional itu pada sidang ketujuh, iaitu sidang terakhir Istiadat Konvokesyen UniMAP ke-21 di Dewan Tuanku Canselor, Kampus Alam UniMAP Pauh Putra, di sini hari ini.
Meskipun berpengalaman luas dalam bidang pendidikan, pentadbiran dan pengurusan koperasi, warga emas itu berkata, minat mendalam terhadap ilmu, selain mahu mencabar kemampuan diri mendorongnya untuk menyambung pengajian dua tahun lalu.
"Peluang melanjutkan pengajian itu hadir selepas mendapatkan maklumat mengenai laluan pengajian berdasarkan pengalaman serta kelayakan profesional yang saya ada sebelum mengambil keputusan mendaftar di UniMAP.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FTuankuMuhriz_885315.png&w=480&output=webp&q=85&we)

