KUALA LUMPUR: Malaysia berpotensi menjadi pusat serantau bagi kerja pembaikan aksesori enjin helikopter dan latihan teknikal menerusi cadangan penubuhan Pusat Pembaikan Aksesori Enjin Helikopter dan Latihan (HEART).
Cadangan itu akan diterokai oleh anak syarikat milik penuh GTA Holdings Bhd, Global Turbine Asia Sdn Bhd (Global Turbine), bersama Safran Helicopter Engines Asia Pte Ltd (SHEA).
Kedua-dua pihak memeterai memorandum persefahaman (MoU) tidak mengikat bagi menilai pembangunan keupayaan pembaikan aksesori enjin helikopter khusus serta latihan teknikal di Malaysia.
Antara bidang yang akan diterokai ialah pembangunan keupayaan penyelenggaraan dan operasi peringkat empat bagi unit boleh ganti dalam talian atau Line Replaceable Unit (LRU) enjin Makila 2.









%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FTuankuMuhriz_885315.png&w=480&output=webp&q=85&we)