MELAKA: Kota Laksamana berpotensi menjadi ibu negeri baharu Melaka berikutan pembangunan pesat di kawasan berkenaan yang mampu menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi dan mengubah landskap pembangunan negeri, kata Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Beliau berkata ketika ini, pihaknya telah membuat perancangan lima tahun ke hadapan pembangunan Kota Laksamana dan akan bekerjasama dengan pihak swasta sebagai usaha ke arah merealisasikan potensi itu.
“Perancangan ini semua dah ada kecuali kita tidak dapat lagi mengintegrasikannya kerana konsesi-konsesi ini dibahagikan kepada syarikat swasta yang menjalankan projek secara PFI (Inisiatif Pembiayaan Swasta) memandangkan ia di luar kawalan kita kerana mereka telah membeli tanah-tanah tersebut.








