Melaka: Kota Laksamana disasarkan menjadi ibu negeri Melaka menerusi perancangan pembangunan koridor ekonomi baharu, jika Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.
Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh berkata, cadangan berkenaan antara perancangan kerajaan negeri untuk mengubah landskap pembangunan dan ekonomi kawasan terbabit dalam tempoh lima tahun akan datang.
Beliau berkata, pembangunan pesat Kota Laksamana termasuk sektor perumahan, pelancongan dan perubatan berpotensi menjadikan kawasan itu sebagai pusat pentadbiran negeri yang baharu.
"Saya mensasarkan, Insya-Allah Kota Laksamana akan menjadi ibu kota negeri Melaka. Itu yang saya harapkan.









