PETALING JAYA – Akaun rasmi media sosial Presiden Perancis, Emmanuel Macron menggunakan lagu Mawi dan Mimifly sebagai muzik latar bagi hantaran gambar dan video di Instagram dan Facebook sempena lawatan rasminya selama dua hari ke Malaysia.

Menerusi perkongsian Macron pada hantaran pertama, ia melibatkan lima keping gambar antaranya bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika mereka berada di Kuala Lumpur pada pagi tadi.

Hantaran gambar itu menggunakan lagu Pawana Pawaka yang merupakan single terbaharu daripada penyanyi Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani.

Seterusnya, video dimuat naik pada akaun media sosial Macron memperlihatkan antaranya sewaktu beliau dan isteri, Brigitte Macron berada di Bangunan Sultan Abdul Samad selain beberapa lokasi di ibu negara bersama Anwar dan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.