KOTA BHARU: Sebuah lori milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) membawa dua orang kena tuduh (OKT) warga Bangladesh terbabas ke dalam parit di Kampung Padang Mokkan, dekat Peringat, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 11.35 pagi, namun dua OKT bersama empat anggota Maritim Malaysia termasuk pemandu lori tidak mengalami kecederaan serius.

Pengarahnya, Kepten Maritim Kamal Mohamad berkata semua enma yang terbabit kemalangan itu sudah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (USM) di Kubang Kerian dan hanya dirawat sebagai pesakit luar.

Beliau turut menafikan maklumat tersebar kononnya ada OKT dilaporkan terlepas selepas lori berkenaan terbabas ke dalam parit.