KUALA LUMPUR: Doa ibu bapa dan guru menjadi antara bekalan penting buat calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dalam menghadapi peperiksaan.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek, berkata usaha menyediakan anak-anak menghadapi peperiksaan bukan hanya tertumpu kepada penguasaan ilmu, sebaliknya perlu disertai doa dan sokongan ibu bapa serta guru.

"Alhamdulillah, saya berkesempatan bersama masyarakat Kampung Kuak Luar, Pengkalan Hulu dalam Program Bicara Iman Santuni MADANI di Masjid Jamek Kampung Kuak Luar.

"Kami menunaikan solat Maghrib dan Isyak secara berjemaah, mendengar pengisian tazkirah, membaca surah Yasin serta menitipkan doa buat anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM dan STPM," katanya menerusi kenyataan di Facebook, hari ini.