JAKARTA – Seorang bayi perempuan yang baru lahir ditemui masih hidup di dalam guni beras di kawasan belukar berhampiran sebuah rumah kosong di Kota Palu, wilayah Sulawesi Tengah, lapor saluran berita Lambe Turah.

Bayi tersebut ditemui oleh seorang penuntut universiti tempatan berusia 19 tahun yang dikenali sebagai TKN di Kompleks BTN Residen Taipa, Palu Utara pada pukul 10.45 pagi (waktu tempatan).

Tubuh bayi malang itu dilaporkan dihurung semut sebelum diselamatkan dan dikejarkan ke hospital.

Ketua Polis Sektor Tawaeli, Iptu Afif Ali ketika mengesahkan kejadian berkata, bayi perempuan itu ditemui lengkap bersama tali pusatnya di kawasan semak di tepi kediaman tidak berpenghuni berkenaan.