GEORGETOWN: Kanak-kanak perempuan autistik yang parah masih dirawat selepas terbabit kemalangan yang turut mengorbankan ibunya ketika dalam perjalanan pulang dari pemeriksaan rutin di hospital, hari ini.

Dua beranak itu baru selesai menjalani pemeriksaan pakar di Hospital Pulau Pinang (HPP), di sini, dan menunggang motosikal ke arah Batu Ferringhi sebelum insiden berlaku di Jalan Lembah Permai, Tanjung Bungah.

Kemalangan itu berlaku berhampiran sekolah tempat kanak-kanak itu, Seroja Dania, 6 tahun belajar, menyebabkan timbul tanggapan awal mereka baru pulang dari sekolah.

Bagaimanapun, kanak-kanak itu tidak hadir ke sekolah hari ini bagi menghadiri janji temu perubatannya.