KUALA LUMPUR - Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam cubaan mencuri kabel di sebuah lubang utiliti di Jalan Seri Sentosa, Taman Seri Sentosa, di sini pada Isnin.Ketiga-tiga suspek ditahan dalam dua pemeriksaan berasingan oleh sepasukan anggota Task Force Balai Polis Petaling dengan bantuan anggota FRM dan MPV Petaling.Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Hoo Chang Hook berkata, tangkapan pertama dilakukan kira-kira jam 4 petang selepas polis menerima maklumat daripada orang awam.Menurutnya, pemeriksaan di lokasi membawa kepada penemuan dua lelaki di dalam lubang utiliti berkenaan."Polis turut merampas lapan barangan termasuk alat pemotong kabel dan alat penarik kabel berkuasa elektrik bagi membantu siasatan."Pada hari sama, kira-kira jam 7.30 malam, polis kembali ke lokasi untuk pemeriksaan susulan dengan bantuan pihak bomba dan Telekom Malaysia (TM)," katanya dalam kenyataan pada Selasa.Terdahulu, tular video di platform Threads memaparkan seorang lelaki ditahan di dalam lubang utiliti di Jalan Seri Sentosa, Taman Seri Sentosa.Beliau berkata, selepas air dikeluarkan dari lubang utiliti berkenaan, polis menemukan seorang lagi lelaki sebelum menahannya.Katanya, ketiga-tiga suspek bersama barangan rampasan kemudian dibawa ke Balai Polis Petaling untuk tindakan lanjut."Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dibaca bersama Seksyen 511 Kanun Keseksaan."Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti peranan setiap suspek, mengesahkan pemilikan kabel serta menentukan sama ada terdapat kerosakan atau kerugian," katanya.Ujarnya, pihaknya menghargai kerjasama orang awam yang menyalurkan maklumat sehingga membawa kepada tangkapan berkenaan."Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes itu boleh menghubungi Polis Daerah Brickfields di talian 03-2297 9222 atau mana-mana balai polis berhampiran," katanya.
Tiga lelaki diberkas cuba curi kabel dalam lubang utiliti

Key takeaways
Tiga lelaki ditahan kerana dicurigai mencuri kabel di lubang utiliti di Jalan Seri Sentosa, Taman Seri Sentosa.
- Tiga suspek ditahan dalam dua pemeriksaan berasingan oleh polis dan bantuan pihak lain.
- Polis merampas alat pemotong kabel dan alat penarik kabel berkuasa elektrik.
- Seorang lagi lelaki ditemui dan ditahan selepas air dikeluarkan dari lubang utiliti.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- MUHAMMAD AMINNURALIFF MOHD ZOKI
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 4 sources, oldest first.
- Harian Metro Lelaki ditahan curi kabel MRT Laluan Putrajaya
- Harian Metro Empat suspek curi kabel tembaga diberkas
- Harian Metro Tekong darat cuba serang polis guna sabit diberkas
- Sinar Harian Tiga lelaki diberkas cuba curi kabel dalam lubang utiliti (this story)







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FTuankuMuhriz_885315.png&w=480&output=webp&q=85&we)
