KUALA LUMPUR: Cubaan mencuri kabel bumi di kawasan landasan MRT Laluan Putrajaya berjaya ditumpaskan selepas seorang suspek ditahan dalam operasi risikan dan serbuan Polis Bantuan Rapid KL, kelmarin.
Rapid KL berkata, penahanan itu susulan kejadian cubaan mencuri kabel bumi pada Sabtu yang menyebabkan gangguan perkhidmatan tren MRT Laluan Putrajaya.
"Susulan kejadian itu, Polis Bantuan bersama pasukan operasi Laluan Putrajaya mempertingkatkan rondaan, pemantauan dan kawalan keselamatan di beberapa lokasi dikenal pasti berisiko, termasuk sepanjang cuti sambutan Deepavali.
"Dalam rondaan kira-kira jam 1 tengah hari pada 8 November lalu (Ahad), anggota Polis Bantuan menemui sejumlah kabel bumi yang dipercayai cuba dicuri berhampiran sebuah pencawang bekalan elektrik (BSS) berdekatan Stesen Jinjang.








