LISBON: Portugal berdepan cabaran besar untuk mengekalkan pengaruh komersial dan tarikan antarabangsa skuad kebangsaan selepas kehilangan Cristiano Ronaldo yang mengakhiri karier antarabangsa selepas 23 tahun menyarung jersi negara itu.
Bukan sekadar kehilangan penjaring prolifik, Portugal turut kehilangan figura global yang menjadi wajah utama pasukan itu selama lebih dua dekad, dengan nilai jenama peribadi Ronaldo dianggarkan mencecah 850 juta euro (RM3.84 bilion).
Pengarah Eksekutif Institut Pentadbiran dan Pemasaran Portugal (IPAM), Daniel Sá berkata, nilai jenama CR7 itu berdasarkan penilaian terkini institusi berkenaan, sekali gus menggambarkan pengaruh besar dimiliki pemain berusia 41 tahun itu.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2FTuankuMuhriz_885315.png&w=480&output=webp&q=85&we)

