JAKARTA – Tindakan seorang remaja lelaki yang cuba bersembunyi di dalam bilik air di sebuah hotel di Daerah Polewali Mandar (Polman), wilayah Sulawesi Barat gagal mengaburi ata pihak berkuasa apabila dia ditangkap berkhalwat dengan pasangannya, lapor saluran berita Lambe Turah.

Pasangan kekasih berusia 18 tahun dikenali sebagai DI dan MI itu ditahan dalam operasi bersepadu melibatkan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI), Polis Negara Republik Indonesia (Polri) serta pihak pentadbiran Daerah Kecil Wonomulyo.

Ketua Seksyen Ketenteraman dan Ketertiban Awam Daerah Kecil Wonomulyo, Anwar berkata, memaklumkan bahawa pasangan bukan suami isteri itu ditemui berada di dalam bilik hotel berkenaan ketika pemeriksaan dijalankan sekitar pukul 11.00 malam (waktu tempatan).