Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan 10 negeri serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 9 malam ini.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan cuaca buruk itu dijangka melanda seluruh Pulau Pinang, Kelantan dan Selangor serta Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Amaran sama turut melibatkan beberapa kawasan di Kedah iaitu Langkawi, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pahang membabitkan Bentong serta Negeri Sembilan melibatkan Port Dickson dan Seremban.
Di Perak, kawasan terlibat ialah Kerian, Selama, Larut Matang, Kuala Kangsar dan Hulu Perak, manakala di Johor, amaran melibatkan Kota Tinggi, Pontian, Kulai dan Johor Bahru.








