PARIS: Bekas juara dunia Formula Satu (F1), Fernando Alonso dan legenda rali Perancis, Sebastien Loeb bakal mengharungi cabaran Rali Dakar 2027 selepas diumumkan menyertai pasukan Aston Martin, hari ini.

Alonso, yang kini memandu untuk pasukan Aston Martin F1, bukan asing dengan perlumbaan lasak itu apabila pernah membuat penampilan sulung pada edisi 2020 dan menamatkan saingan di tempat ke-13 bersama Toyota.

"Selepas membuat keputusan untuk terus berlumba dalam F1 bersama Aston Martin, saya meneliti dengan mendalam mengenai penyertaan di Dakar.

"Akhirnya, keputusan itu menjadi mudah. Saya mahu menyahut cabaran ini sepenuhnya," kata Alonso dalam kenyataan pasukan.