Kuala Lumpur: Seorang pekerja warga Bangladesh berusia 34 tahun maut selepas tertimbus di bawah timbunan tanah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Melayu Kepong, di sini, hari ini.

Pekerja tersebut ditemukan pada 5.14 petang hasil operasi mencari dan menyelamat yang membabitkan anggota bomba serta agensi lain.

Komander operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Mohd Hafizan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 2.45 petang.