Kuala Lumpur : Selebriti versatil, Kelly Azman sekali lagi mencuri tumpuan warga maya apabila tampil menyanyikan semula (cover) lagu popular nyanyian asal Nabila Razali berjudul Cukup Sampai Sini menerusi media sosialnya.
Perkongsian video nyanyian berkenaan mengundang pelbagai reaksi hangat netizen sehingga menjadi bualan ramai, malah ada segelintir pengikutnya berseloroh mencadangkan nama Kelly untuk mewakili Malaysia ke pentas berprestij Eurovision Asia 2027.
Mengulas mengenai cadangan luar jangka itu, Kelly mengakui terharu dengan sokongan peminat namun menyifatkannya sekadar gurauan manis daripada warganet.
"Sejujurnya, saya rasa terharu apabila ada yang mencadangkan nama saya. Namun saya anggap perkara itu sebagai gurauan sahaja. Apa pun, saya hargai setiap sokongan dan komen diberikan," katanya.








