Shah Alam: Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Shah Alam mengalami kelewatan selepas pokok tumbang akibat cuaca buruk yang memasuki kawasan landasan berhampiran Stesen UiTM Shah Alam, petang tadi.
Rapid KL dalam kenyataan memaklumkan kejadian pada 5.22 petang itu menyebabkan operasi tren laluan berkenaan terganggu.
"Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dengan semua penumpang sudah diturunkan dengan selamat di Stesen Dato' Menteri.
"Pasukan teknikal berada di lokasi bagi membersihkan sisa serpihan pokok yang berada di landasan," menurut Rapid KL.









